0

Halaman

Histeria Penyakit Berjangkit

LEBIH satu tahun setengah yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di Kuantan, Pahang, menggemparkan negara dengan kejadian histeria yang menjangkiti berpuluh-puluh pelajarnya.
Selama empat bulan bermula 12 Mei 2008, kejadian histeria berlaku hampir setiap hari. Akibatnya, jolokan nama sekolah histeria masih meniti di bibir orang ramai sehingga hari ini.
Bagi Nurul Syazrin Natasya Roslim, 16, salah seorang daripada 36 mangsa histeria tersebut, kejadian itu bukan berpunca daripada tekanan emosi sebaliknya akibat rasukan makhluk halus.
Gadis yang mesra dipanggil Tasya ini berada di tingkatan dua pada masa itu. Beliau mendakwa melihat sejenis makhluk dengan tubuh seperti budak empat tahun sebelum dirasuk.
Dari jauh, saya nampak dia keluar dari sebuah pintu dan datang mendekati saya.
Dia kelihatan seperti manusia, tapi saya tahu dia tidak sama kita. Badannya kecil tetapi bermuka tua dan hodoh. Dia amat kotor.
Apabila sudah dekat, dia meniarap dan merangkak di hadapan saya.
Badannya perlahan-lahan berubah menjadi seperti belalang dan masuk ke dalam ibu jari kaki saya.
Itu saja yang sempat saya lihat. Selepas itu saya tidak tahu apa yang berlaku, katanya kepada Jurnal semasa ditemui di Kampung Anak Air dekat Tanjung Lumpur, baru-baru ini.
Tambah Tasya, rakan-rakannya yang mengalami histeria turut menceritakan perkara yang sama iaitu mahkluk hodoh yang memasuki tubuh melalui ibu jari kaki.
Makhluk yang masuk ikut ibu jari kaki itu sebenarnya sangat banyak.
Ada yang tua, ada muda, ada seperti lelaki dan perempuan. Menurut kawan-kawan yang tidak terkena gangguan, watak kami terus berubah selepas dirasuk.
Kami jadi macam orang lain, suara jadi garau seperti lelaki, ada yang lembut seperti perempuan dan ada yang bongkok seperti orang tua dan terbatuk-batuk mengadu sakit belakang, ujar Tasya yang merupakan antara pelajar paling awal diserang histeria dalam kejadian itu.
Ujarnya lagi, sepanjang empat bulan sekolah itu dibelenggu masalah histeria, keadaan menjadi kelam-kabut.
Hodoh

Kadangkala kelas terganggu dari pagi sampai tamat waktu persekolahan. Pada waktu lain, gangguan bermula pada tengah hari.
Lebih merunsingkan, makhluk itu akan mengikut mangsa balik ke rumah. Lima kali saya dirasuk di luar sekolah. Tapi sekarang alhamdulillah semuanya sudah pulih.
Kini, saya tidak berani tinggal seorang diri, begitu juga kawan-kawan yang lain, katanya yang kini berada di tingkatan empat sekolah itu.
Cerita Tasya lagi, ramai kawannya yang terkena histeria sudah bertukar ke sekolah lain di sekitar Kuantan dan Pekan, malah ada juga yang berpindah ke negeri lain.
Bapa Tasya, Roslim Abdul Hamid, 44, pula berkata, anak sulungnya itu akan meronta mahu pergi ke sekolah setiap kali mengalami gangguan di rumah.
Semasa dirasuk, suhu badannya sangat panas dari pinggang ke atas, tetapi sejuk dari pinggang ke bawah. Suaranya berubah dan minta darah untuk diminum.
Semasa saya bercakap dengan benda itu yang merasuk Tasya, dia beritahu yang dia sebenarnya mayat air dan separuh panas.
Tasya pula kelihatan haus. Seorang ustaz yang menolong Tasya meminta saya memberinya air sirap sebagai ganti darah.
Saya lihat Tasya minum air sirap yang disangka darah itu dengan gelojoh sekali sebelum dia pengsan, jelas Roslim.
Roslim memberitahu, bangunan blok baru yang sedang dibina di sekolah berkenaan dipercayai menjadi punca kepada gangguan histeria itu.
Warga sekolah berkenaan pernah dikejutkan dengan penemuan dua lubang dipercayai kubur lama di tapak pembinaan makmal tiga tingkat sekolah berkenaan.
Kewujudan kubur lama dipercayai milik pendakwah Islam yang berusia kira-kira 100 tahun itu disedari berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan tradisional.
Saya dan ibu bapa pelajar lain turut menyaksikan kejadian aneh di situ.
Selepas membaca surah Yasin, dalam keadaan kurang cahaya, kami nampak beratus-ratus makhluk hitam berhimpun di padang sekolah bersebelahan tapak bangunan baru itu.
Apabila lampu dipasang, makhluk itu bergerak sepantas kilat berpindah ke tempat lain, cerita Roslim.
Menurut seorang penduduk, Mohamad Nor Harun, 72, Tanjung Lumpur sememangnya banyak kisah seram sejak lebih 60 tahun lalu.

Tempat keras
ru_01.2.jpg

MANGSA histeria kadangkala membuat permintaan pelik seperti meminta dihantar ke sungai atau hutan. - Gambar hiasan



Kawasan berhampiran SMK Tanjung Lumpur pula menurut beliau merupakan bekas laluan sebatang anak sungai.
Semasa saya kecil, ada anak sungai tidak jauh dari kawasan sekolah dan pada masa itu, sekolah itu belum dibina.
Di sekitar sungai itu ada rumput halus dan tiga rumpun mengkuang kuning. Pada waktu malam, penduduk sering terdengar seperti ada suara orang berkampung di situ.
Orang tua-tua pula beritahu, apabila sungai itu ditimbus untuk membina perkampungan baru, makhluk itu berpindah ke tempat lain. Pada waktu itu, tiada apa yang berlaku.
Selepas berlaku histeria di sekolah itu lebih setahun lalu, saya teringat semula cerita orang tua-tua itu.
Saya percaya makhluk itu berpindah dari sungai ke tapak bangunan baru sekolah itu, katanya.
Menceritakan kisah-kisah seram di Tanjung Lumpur, Mohamad Nor berkata, cerita keranda terbang dan wanita berpakaian putih membawa anak berjalan-jalan pada waktu malam sering menjadi perbualan penduduk tempatan.
Pada tahun 60-an dan 70-an, nelayan di sini ada yang didakwa membela saka untuk menolong mereka menjahit jala dan membaiki bot.
Namun, zaman sudah berubah dan semakin ramai yang sedar perbuatan itu salah di sisi agama Islam. Anak-anak mereka enggan mewarisi saka itu.
Akibatnya, saka tanpa tuan itu berkeliaran di pantai, kawasan kampung dan hutan, katanya.
Mohamad Nor berkata, keadaan terus berubah selepas semakin banyak pembangunan di sekitar Tanjung Lumpur pada 1980-an.
Sejak itu, tiada lagi kedengaran kisah orang kampung terjumpa atau tersampuk hantu.
Tapi selepas tapak bangunan baru sekolah itu dibuka dua tahun lalu, kisah hantu timbul semula.
Dua alam
ru_01.3.jpg

KAWASAN hutan berhampiran sekolah sering dikaitkan sebagai penempatan makhluk halus. - Gambar hiasan



Makhluk itu mengganggu mungkin disebabkan ia sudah tiada tempat lain untuk berpindah kerana hampir semua tempat sudah dibangunkan, katanya.
Mengulas kejadian histeria di sekolah termasuk yang terbaru di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar, Temerloh, Pahang, 24 Januari lalu, pengasas Pusat Rawatan Islam Kiswah, Temerloh, Hayat An Naqsyabandi berkata, gangguan itu kemungkinan terjadi disebabkan pertembungan antara dua alam yang menimbulkan kemarahan di pihak makhluk ghaib.
Alam ini dikongsi dan dihuni oleh makhluk yang nyata dan tidak nyata.
Jika kita memasuki kawasan mereka tanpa adab dan melakukan perkara yang dilarang, misalnya maksiat, sudah pasti makhluk ghaib itu marah.
Salah satu cara pemberontakan mereka ialah dengan memasuki tubuh manusia melalui 32 rongga sehingga membawa kepada kerasukan.
Hakikat kejadian jin ini tidak dapat diketahui bagaimana bentuk dan rupanya, namun sesetengah manusia diberi gambaran dengan izin Allah, jelasnya yang menganggap gambaran mengenai rupa dan bentuk jin adalah gambaran yang dikhayalkan mengikut pengaruh minda.
Ujar Hayat lagi, kemasukan jin ke dalam tubuh akan bertumpu di bahagian otak menyebabkan mangsa mendapat gangguan emosi tidak kira sama ada siang atau malam.
Jin dan manusia mempunyai sistem waktu yang berbeza. Waktu kritikal bagi serangan histeria adalah waktu senja kerana waktu tersebut adalah pagi di alam mereka.
Begitu juga dengan waktu tengah hari, ia adalah waktu tengah malam untuk makhluk jin, tambah beliau yang sering dipanggil untuk merawat pelajar yang diserang histeria di sekolah dan memagar kawasan sekeliling bagi mengelak gangguan pada masa akan datang.
Mengamalkan rawatan menggunakan terapi ruqyah syariyyah, Hayat menasihatkan pelajar dan pihak sekolah supaya mempertingkatkan kebersihan bagi mengelak gangguan lebih buruk.
Ingatan untuk pelajar wanita, cuci dengan bersih tuala wanita sebelum membuangnya di tempat yang disediakan.
Jika berlaku gangguan di sekolah, asingkan pelajar yang terkena histeria kerana rasukan yang mereka alami boleh melemahkan semangat pelajar lain.
Sekiranya perkara ini terjadi, jin akan mendapat peluang untuk merasuk lebih ramai pelajar, katanya yang aktif membantu merawat mangsa histeria, sihir serta santau sejak sepuluh tahun lalu.


Get cash from your website. Sign up as affiliate.

No comments:

Post a Comment

 

Followers

Bloggers - Meet Millions of Bloggers Top Blogs